Keputusan Pembukaan Maahad Tahfiz Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan untuk membenarkan maahad tahfiz beroperasi semula akan diumumkan tidak lama lagi

“Saya sudah kemukakan cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negera (MKN). Kita memahani denyut nadi maahad tahfiz kerana ada di antara mereka yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Satu perkara yang paling penting adalah prosedur operasi standard (SOP), adakah mereka boleh mematuhi SOP seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan,”katanya.

Kerjasama dengan negeri (kerajaan dan pihak berkuasa agama) juga akan dibuat, kerana keputusan juga akan tertakluk kepada setiap negeri, seperti kebenaran bersolat berjemaah di masjid dan surau.

Tambahnya kenyataan rasmi berhubung keputusan berkenaan akan dikeluarkan untuk diselaraskan di peringkat negeri tidak lama lagi.

Untuk maklumat terkini, korang boleh lihat di TV3 dan Youtube Buletin Utama okay?

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina