Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2021 @ 12:31pm

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Malaysia – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron kini telah dikesan di negara ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi siaran LIVE di platform rasmi KKM sebentar tadi.

Dimaklumkan, kes Omicron pertama di Malaysia ini membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

“Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan menjalani ujian Rt-PCR setibanya di KLIA.

“Susulan ujian itu, pelajar terbabit diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh pula menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Pelajar terbabit menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.

Tambahnya lagi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan Ct Value 26.68 pada 20 November.

Malah, pelajar terbabit kini masih meneruskan kuarantin di rumah sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November.

“Pengesanan kontak rapat dijalankan terhadap semua penumpang dan pemandu bas iaitu seramai lima orang. Mereka juga menjalani saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib.

‘Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif,” katanya.

Sumber : KKM, BH,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Oct 2021

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok. Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian. Isu

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

It’s A Girl! Congratulations To Aeril Zafrel And Wife, Wawa Zainal

Wawa Zainal and Aeril Zafril welcomes their third child in the family with warmth.

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022

Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati. @kittymeow656 Assalamualaikum.. #dakwah #islam #ustazahasmaharun #sahabat #allah #subhanallah #alhamdulillah #foryou #sahabatsejati #fyp ♬ original sound – Lina 442

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik. Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Trending Fri, 25 Jun 2021

5 Inisiatif Tambahan Disediakan Bantu Golongan Terjejas

Kerajaan dalam usaha untuk bantu golongan terjejas…

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala, jadi…

Featured Thu, 14 Oct 2021

Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri. Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M

| Live TV