Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 3:02pm

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

‘ Buang yang keruh, ambil yang jernih,’ tulis Tomok yang memaafkan salah seorang peminatnya yang mengaku berniat membaling telur kepadanya 20 tahun lalu.

Peminat dikenali sebagai Kamarul Ariffin Nor Sadan membuat pengakuan di Facebooknya membuat permohonan maaf terbuka apabila pernah berniat sabotaj penyanyi itu ketika membuat persembahan bersama Newboyz di Plaza Kota Tinggi, Johor.

Kata Tomok, dia memahami sebagai manusia biasa, tiada siapa yang boleh lari daripada melakukan kesilapan.

” Kita hanya manusia tak lari dari membuat kesilapan. Saya maafkan awak bro!,” tulisnya ringkas.

Pengakuan Kamarul mendapat perhatian netizen apabila menulis sebuah hantaran panjang di Facebooknya beberapa hari lalu.

” Aku dengan rendah diri dan ikhlas memohon maaf pada kalian. Aku tahu 20 tahun tu lama, lebih baik lambat daripada tidak langsung,” tulisnya.

Menurut Kamarul, mungkin disebabkan jiwa muda yang memberontak dia membenci kumpulan Newboyz yang sangat popular di tahun 1999-2000.

” Ketika Newboyz mula dikenali, kalau keluar lagu Newboyz d EraFM, aku nyanyi dalam hati. Siap hafal,” akuinya meminati lagu-lagu kumpulan berkenaan dalam diam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Oct 2018
Hiburan Thu, 23 May 2019

Aman Aziz Teringin Jadi Hero Tapi…

Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Featured Sun, 12 Jun 2022
Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Akui Status Jantina, Sam Smith Adalah Non-Binary!

Gay ye, yang ni Sam Smith sendiri buat pengakuan yang He is non-binary! Kalau korang taktau tu apa, bolehlah google.

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Bertarung Nyawa Di ICU, Azrul Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Featured Sun, 6 Feb 2022