Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2018 @ 4:52am

Bertarung Nyawa Di ICU, Azrul Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Anak bongsu pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, 43, Nur Raudhah Batrisyia kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Beritahu Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin kepada Harian Metro, anaknya yang berusia 11 bulan itu sudah dirawat di wad itu sejak 11 hari lalu.

“ Doktor sudah mengambil cecair dari tulang belakang untuk memeriksa jenis kuman yang aktif menyerangnya.

“Setakat ini, doktor beritahu keadaan anak saya stabil, cuma pihak hospital masih melakukan pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Bapa kepada lima anak ini berkata, anak bongsunya itu pada mulanya mengalami demam.

Doktor memberitahu hanya demam biasa selepas dibawa ke klinik, dua minggu lalu.

Pada sebelah malam selepas mendapatkan rawatan di klinik, demam dan batuk semakin teruk menyebabkan Azrul terus membawa anaknya ke hospital dan ditahan di ICU.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

PAW Patrol Live Di Istana Budaya 29 November- 2 Disember 2018

Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Ngeri! Padah Nak Bergambar Dengan Ular Sawa, Lelaki Hampir Mati!

Beringat sebelum kena! Jangan cari pasal dengan ular sawa tu.

Kisah Viral Wed, 6 Mar 2024