Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina April 30, 2020 @ 11:18am

Masjidil Haram & Masjid Nabawi Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Berita gembira buat seluruh umat Islam.

Dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akhirnya akan dibuka tidak lama lagi sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui laman media sosial Instagram @haramain_info yang memaklumkan bahawa aktiviti ibadah akan berjalan seperti biasa selepas wabak Covid-19 dapat ditangani.

“Saya membawa berita gembira kepada umat Islam dimana keadaan akan kembali seperti biasa di dua masjid suci tidak lama lagi. Ia akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Berikutan perkara ini, kita tidak akan tergesa-gesa bagi membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” tulisnya.

Imam Besar Masjidil Haram itu turut memohon semua umat Islam agar mendoakan supaya situasi pandemik global ini dapat berakhir dengan segera.

Ayuh rakyat Malaysia! Sama-sama kita doakan wabak ini terhapus secepatnya.

Kredit: Instagram Haramain_info

Baca Juga: Ini Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid Di Bulan Ramadan – Mufti WP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri. Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan […]

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!