MEF Usulkan Beri Moratorium Automatik Tanpa Perlu Permohonan

Cadangan untuk menjadikan moratorium pinjaman secara automatik dan bukannya melalui permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negera telah diusulkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF)

Menurut Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata tidak sepatutnya perlu caj faedah atau lain-lain caj yang berkaitan dengannya.

Tambah beliau, MEF turut berharap kemudahan untuk moratorium pinjaman tidak terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Bahkan sebelum banyak syarikat boleh memohon bantuan dalam program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan baru-baru ini, kini PKPD pula dilaksanakan.

“Kami berharap institusi perbankan akan terus meluluskan moratorium kepada mereka yang memerlukan kerana majikan, pekerja dan rakyat tidak mampu menunggu lebih lama lagi,” katanya.

Sumber: AWANI

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”