Penularan Varian Omicron Punca Utama Kerajaan Tangguh Peralihan Ke Fasa Endemik

enteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, kerajaan telah memutuskan untuk menangguh sementara langkah mengisytiharkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ akibat penularan kes varian Omicron COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Menurutnya, perancangan asal pengumuman ‘Peralihan ke fasa Endemik’ itu sepatutnya dibuat pada minggu pertama bulan ini.

“Minggu pertama bulan ini, saya sebenarnya nak umumkan bahawa kita nak masuk kepada fasa transisi endemik.

“Tetapi kita nak tunggu sedikit masa lagi (satu atau dua minggu) kerana apabila kita umumkan fasa transisi endemik ada tujuh atau lapan perkara yang perlu kita maklumkan kepada orang ramai.

“Contohnya prosedur operasi standard (SOP) kita kurangkan kepada satu sahaja iaitu usaha untuk ‘Self Testing Trace” yang saya dah umumkan sebelum ini, semua itu kita kena didik (educate) orang ramai apabila ia dimuktamadkan,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengumumkan pada bila-bila masa pengisytiharan peralihan ke fasa endemik memandangkan tiap negeri kini telah memasuki fasa ke-4.

 

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin