“Pergi Buat Hal Di Tempat Lain” – Isteri Justin Bieber Rayu Peminat Selena Gomez Untuk Jangan Menganggunya!

Model dan isteri penyanyi antarabangsa Justin Bieber, Hailey Bieber memberitahu peminat Selena Gomez untuk berhenti mengganggunya.

Diganggu kerana kisah silam percintaan antara suaminya dan Selena, Hailey yang kelihatan sedih menegaskan perkara terbabit dalam video TikTok miliknya.

@haileybieberthis is for you guys in my comments every single time I post

♬ original sound – Hailey Bieber

“Jangan ganggu saya lagi. Saya buat hal saya sendiri. Saya tak berbuat apa-apa, saya tak ada berkata apa-apa.

“Tinggalkan saya sendirian. Saya merayu. Tolonglah. Ini saja permintaan saya. Tolong, pergi buat hal di tempat lain,” katanya.

Walaupun dia tidak menyebut mana-mana nama, ia jelas ditujukan kepada peminat bekas teman wanita suaminya yang menginginkan Justin dan Selena untuk kembali bersama.

“Video ini khas buat kalian yang selalu komen di setiap posting saya,” tulisnya di kapsyen video itu.

Menurut penyiasat internet, video Hailey tersebut adalah untuk membalas komen-komen yang membanjirinya mengenai Selena pada awal bulan.

Hal ini berlaku selepas model itu memuat naik hantaran video dirinya ‘lip sync’ lagu ‘One Time’ versi TikTok dimana peminat mengatakan Justin sebenarnya menyanyikan lagu itu ‘buat Selena’.

Sumber: Hollywood Life

Maya Basir