Permohonan i-Citra Tidak Berjaya ? Jom Cuba Cara Ini!

Umum maklum, para pencarum KWSP kini boleh menyemak keputusan permohonan i-Citra yang bermula 12 Julai lalu.

Namun, masih ada segelintir  permohonan yang tidak diluluskan oleh i-Citra

Justeru bagi mereka yang menerima keputusan tidak berjaya. Anda tidak usah khuatir kerana berikut merupakan beberapa sebab kenapa permohonan anda ditolak

Kemungkinan adalah seperti berikut :

  • No telefon terkini tidak dikemaskini dalam sistem KWSP.
  • Buat  KEMASKINI NO TELEFON BAGI PROSES OTP/TACNo telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan pertama kali di kaunter
  • No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di kiosk KWSP
  • Tidak daftar i-Akaun KWSP

Bagi semakan identiti tidak berjaya, anda boleh cuba untuk melakukan kemaskini i-Citra seperti berikut :

CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR EMAIL/ALAMAT)

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Masuk portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
  2. Isi ruangan Nombor MyKad / MyPR
  3. Isi ruangan Nombor Telefon Bimbit
  4. Tekan butang TERUSKAN
  5. Tunggu SMS dari pihak KWSP.

(Contoh kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut: “RM0 KWSP: Permohonan i-Citra. OTP 999999. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan”).

  1. Masukkan NOMBOR OTP yang diterima dari telefon bimbit
  2. SAHKAN NOMBOR OTP dengan menekan butang
  3. Jika otp tak sampai, buat KEMASKINI NO TELEFON i-CITRA KWSP BAGI PROSES OTP/TAC

Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran

Masuk ke Bahagian 2Maklumat Permohonan

Semak maklumat permohonan i-Citra anda

  1. Nama Penuh
  2. Nombor MyKad / MyPR
  3. Nombor Telefon Bimbit
  4. Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
  • Alamat E-mel (Untuk pengesahan permohonan)
  • Alamat Surat-Menyurat Terkini
  • Poskod
  • Bandar
  • Negeri

CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR NO AKAUN BANK)

Selepas anda kemaskini alamat E-mel dan alamat surat-menyurat terkini, anda dikehendaki mengemaskini dan tukar no akaun bank

  1. Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?,
  2. Buat pilihan Ya
  3. Masukkan Nama Bank yang dikehendaki oleh anda
  4. Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
    • AFFIN BANK BERHAD
    • AGROBANK
    • AL RAJHI BANK (M) BHD
    • ALLIANCE BANK
    • AMBANK (M) BHD
    • BANK MUAMALAT (M) BHD
    • BANK RAKYAT
    • BANK ISLAM (M) BHD
    • BANK SIMPANAN NASIONAL
    • CIMB BANK BHD
    • CITIBANK BERHAD
    • EON BANK BERHAD
    • HSBC BANK (M) BHD
    • HONG LEONG BANK
    • KUWAIT FINANCE HOUSE (M) BHD
    • MAYBANK
    • OCBC BANK (M) BHD
    • PUBLIC BANK BHD
    • RHB BANK BHD
    • STANDARD CHARTERED
    • UOB (M) BHD
  5. Masukkan Nombor Akaun Bank yang dipilih oleh anda
  6. Setelah anda masukkan Nombor Akaun Bank, akan keluar satu lagi ruangan yang menunjukkan paparan “Sila isikan semula nombor akaun bank”
  7. Anda perlu mengisi lagi sekali no akaun bank.
  8. Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh kemaskini dan teruskan permohonan i-Citra.
  9. Jadi, masukkan sekali lagi di ruangan yang bertulis “Sila isikan semula nombor akaun bank”
  10. Pilih jawapan kepada soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
    • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
    • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
    • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
    • Mengalami penguran pendapatan / gaji
    • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
    • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
    • Sebab-sebab lain
  11. Pilih jawapan kepada soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
    • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
    • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
    • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
    • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
    • Menambah simpanan / dana kecemasan
    • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
    • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
    • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
    • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
    • Perbelanjaan bukan keperluan asas
    • Hal-hal lain
  12. Tekan pada butang TERUSKAN
  13. Buat Pengesahan Permohonan
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”