Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2022 @ 12:15pm

Pesawat MH2664 Ke Tawau Menjunam 24,000 Kaki, Didakwa Berlaku Masalah Teknikal

Penerbangan MH2664 ke Tawau terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.

Perkara itu turut disahkan oleh pihak Malaysian Airlines (MAS), selepas juruterbang bertugas membuat keputusan untuk berpatah balik sebagai langkah keselamatan berikutan masalah teknikal yang dihadapi dan cuaca buruk pada hari tersebut.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April 2022 melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan,”katanya.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan dilaporkan selamat mendarat di KLIA pada jam 5.03 petang.

Difahamkan, sebelum ini seorang penumpang mendakwa pesawat jenis Boeing 737-800 yang dinaikinya itu tiba-tiba menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam masa beberapa saat berdasarkan semakan pada aplikasi radar penerbangan.

Berkongsi suasana semasa kejadian, dia seolah-olah berasa terapung daripada tempat duduknya memandangkan isyarat pemakaian tali pinggang keselamatan telahpun dimatikan.

Malah, penumpang yang turut berada di pesawat yang sama juga dilaporkan ada yang menangis dan menjerit kerana memikirnya keselamatan masing-masing.

Namun, penerbangan itu kemudiannya membuat pusingan U, mengelilingi Melaka beberapa kali sebelum meneruskan penerbangan ke KLIA dan kemudian ke Tawau.

 

Sumber : Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 17 Apr 2023
Trending Tue, 23 Mar 2021

Alif Satar & Daiyan Trisha Hos Baharu Muzik Muzik 36

Selebriti serba boleh, Alif Satar dan penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha kini mengemudi program hiburan popular, Muzik Muzik 36. Alif dan Daiyan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang sebelum ini […]

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

Wahhh 🤩 Hebatnyaa Aafiyah nii 🥹 4 tahun dah pandai main piano 🥰 Semoga terus berjaya Aafiyah comel 🥹❤️

Featured Tue, 7 Feb 2023
Events Fri, 22 Nov 2019
Trending Fri, 4 Oct 2019

1,111 Metres Water Slide in Penang is So Crazy that It Set a New Guinness World Record

Even on the shortest of water slide we’ve already wet our pants, imagine how insane it would be sliding down a 1.1km one!

Featured Thu, 25 Nov 2021
Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

error: Content is protected !!