“Sadis Betul! Murid Bawa Balik Makanan Untuk Mak Tapi…” – Dakwaan Murid RMT Hanya Diberi Makan Nasi & Kuah, KPM Tidak Akan Berkompromi

Selepas menerima tangkap layar menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook pada Khamis, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan, pihaknya memandang serius mengenai perkara terbabit.

Perkongsian gambar nasi putih yang dihidang bersama kuah itu didakwa sebagai hidangan makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Tegasnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terutamnya dalam hal melibatkan kebajikan murid.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya.

 

Sumber : Facebook

Salma Syahbuddin