Sekolah Di Seremban Ditutup Selepas 56 Kes COVID-19 Dilaporkan

Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir di sini ditutup sementara susulan 56 kes jangkitan COVID-19 direkodkan menerusi Kluster Pendidikan Jalan Sikamat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata kluster diumumkan secara rasmi pada Isnin lalu.

Menurutnya, kes direkodkan dalam kalangan warga sekolah yang bergejala dalam ujian saringan wabak berkenaan. Dan penutupan sekolah tersebut adalah bertujuan untuk proses sanitasi.

“Individu yang dikesan positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) COVID-19 Tampin bagi rawatan selanjutnya.

“Dalam kluster ini, seramai 227 individu disaring termasuk warga sekolah dan kontak rapat bagi kluster berkenaan,” katanya.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin