Categories: Filem

Persaingan Sengit Antara Malaysia, Indonesia & Filipina, Cilor Dinobatkan Sebagai Juara Pertama Squad Up: Athena!

Kejohanan e-sukan pertama yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara menyaksikan persaingan sengit dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah berakhir dengan pasukan Cilor merangkul gelaran juara pada Sabtu.
 
Beraksi menentang rakan sepasukan Indonesia, Volt Archery, pasukan Cilor yang dianggotai oleh Claudya (IGN: Pixie), Gabrielle Nadya Kusuma (IGN: Elle), Destria Chinca Dewi (IGN: Chinchaaw), Alvarocky Hartanto (IGN: Dreee X Aresss) Juan Ozora (IGN: Junjun tomlol), dan Vivien (IGN: Pienberry>.
 
Volt Archery yang menduduki tempat kedua memenangi RM10,500 dan Bren Victress dari Filipina di tempat ketiga dan membawa pulang RM7,140. Cibi Cibi Chan mendapat tempat keempat dan memenangi RM5,460.


 
Terdahulu, lapan pasukan dari tiga negara berjaya menjuarai kejohanan kebangsaan masing-masing. Pasukan tersebut, Karra (MY), On Air Pipols (MY), Cilor (IND), Volt Archery (IND), Cibi Cibi Chann (IND), Bren Victress (PH), Project-Evo FE (PH), dan DDE x Risk Velkhana (PH), telah bersaing untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul RM42,000.


 
Dianjurkan oleh REV Media Group (RMG) melalui Gaming Network IGN Southeast Asia (IGN SEA), dengan kerjasama Facebook Gaming, Squad Up: Athena telah dihoskan oleh shoutcasters wanita, Lizara Gaming dan Mon Chelle, yang juga bertindak sebagai penganalisis perlawanan.

“Kami begitu teruja dengan hasil daripada kejohanan itu dan kami berharap sesiapa yang menonton perlawanan itu merasakan perkara yang sama.

“Setiap pasukan menunjukkan semangat mereka dan kemahiran mereka setanding dengan pasukan profesional.
 
“Bagi pihak pasukan produksi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Cilor dari Indonesia kerana memenangi kejuaraan Squad Up: Athena buat julung kalinya.

“Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kejohanan seperti ini pada masa hadapan. E-sukan adalah untuk semua orang, tidak kira umur dan jantina, dan itulah keindahannya,” kata Adrian Lai selaku Ketua Rangkaian Permainan RMG.
 
Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di https://sea.ign.com/. Game on!

Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!

Padin