Sejauh Mana Pengeluaran KWSP Mampu Bantu Keperluan Ekonomi Rakyat?

Persoalan mengenai pengeluaran caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, segelintir masyarakat masih berharap agar kerajaan memberi kebenaran untuk pemohon mengeluarkan wang KWSP tersebut bagi menampung perbelanjaan harian mereka terutamanya dalam tempoh pemulihan ekonomi ini.

Menurut, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO menjelaskan, berdasarkan Social Wellbeing Research Centre (SWRC) Universiti Malaya, wang KWSP yang dikeluarkan digunakan untuk berbelanja, membayar hutang termasuk membeli gajet untuk anak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Sekaligus, ia membuktikan jika wang itu berada di tangan rakyat sudah pasti ia akan dibelanjakan dan membantu pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Ini termasuklah, satu peratus pertumbuhan KDNK mampu memberi 70,000 peluang pekerjaan, maka mereka yang hilang pekerjaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berpeluang untuk bekerja semula.

“Rekod menunjukkan kerajaan hanya boleh membantu menyediakan gajet untuk 150,000 murid yang mengikuti PdPR tetapi baki 4.8 juta lagi murid, ibu bapa mereka menggunakan wang KWSP untuk membeli kelengkapan gajet bagi tujuan itu,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam tempoh ini seramai 140,608 telah hilang pekerjaan, 500,000 golongan M40 bertukar menjadi B40, manakala 10,680 jatuh muflis setakat Mac 2020 sehingga Julai 2021 serta 100,00 premis perniagaan telah ditutup.

 

 

Sumber : Sinar Harian

Salma Syahbuddin