Featured By: Salma Syahbuddin September 7, 2021 @ 10:30pm

“Suara, MV, Outfit, Semua World Class..”- ‘Denting’ Versi Aina Abdul Bikin Merinding, Melly Goeslaw Ucap Terima Kasih

Kebolehan penyanyi Aina Abdul menyanyikan lagu dalam pelbagai genre dengan gaya tersendiri diakui ramai peminat dunia hiburan.

Terbaharu, Aina sekali lagi mencuri perhatian peminatnya dengan membawakan lagu Denting yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Menerusi muat naik di laman YouTube miliknya, rata-rata peminat terpukau dengan kelunakan vokal serta gaya beliau menyanyikan lagu tersebut.

Malah, muzik video itu juga kini telah ditonton lebih 80,000 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.

“Saya jatuh cinta dengan lagu ini…”

Tambah penyanyi berusia 28 tahun ini, beliau mengambil peluang untuk merakamkan muzik video (MV) dan merakamkan semula lagu Denting memandangkan ia sangat popular di aplikasi TikTok.

“Saya jatuh cinta dengan lagu ini. Pada masa yang sama, saya dan team gembira berjaya melakukan penggambaran muzik video ‘Denting’ hanya menggunakan telefon. Saya harap semua orang suka cover ni. Aina ada buah tangan baru juga buat semua. Tunggu okay!” tulisnya.

“I am speechless, ni World Class punya kualiti…”

Rata-rata peminat dari Malaysia mahupun Indonesia memuji dan mengakui terpukau dengan usaha yang diberikan oleh Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani dalam menghasilkan lagu cover ini dan berharap agar ada kerjasama antara Aina dan Melly di masa akan datang.

Selain itu, menerusi laman Instagram, ikon muzik Indonesia ini turut mengucapkan terima kasih kepada Aina kerana sudah menghasilkan cover lagu Denting dengan cukup mantap.

Dalam hantaran sama, Melly turut memuji Aina yang menghasilkan cover lagu ciptaannya berjudul Jera, nyanyian asal Agnes Monica.

Apapun, tahniah diucapkan buat Aina kerana menghasilkan rendisi lagu Denting yang ternyata begitu memukau dan luar biasa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jan 2018

“Farid Kamil Tertekan Lama Tak Jumpa Anak”

Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Moga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Fri, 18 May 2018

BTS’ Fake Love MV Just Dropped and It’ll Make You Tear Up

It’s so gorgeous, you’ll be crying a river for them.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018