“Tak Jadilah Nak Bagi Publisiti Lagi” – Aaron Aziz Kecewa ‘Kak Long 7E’ Persenda Golongan OKU

Nampaknya selepas tindakan Awal Ashaari menegur untuk tidak terus memberikan publisiti kepada ‘Kak Long 7E’ terutamanya dijemput hadir ke program televisyen, kali ini pelakon Datuk Aaron Aziz pula tampil meluahkan rasa kecewanya.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya itu seolah-olah ditujukan kepada individu terbabit susulan kes terbaharunya yang dilihat menghina golongan kurang upaya (OKU).

“Allah bagi kau badan yang sempurna kau mengejek OKU. Tak apa, kat akhirat OKU yang masuk syurga. Dekat sana dia pula yang ejek-ejek kau balik,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu dilihat memadam posting berkenaan sebaik sahaja warganet membanjiri ruangan komen dengan kata-kata kecaman terhadap individu tersebut.

Namun, Aaron dalam satu hantaran lain memaklumkan dia kini enggan memberikan publisiti lagi terhadap ‘Kak Long 7E’.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju agar sebarang publisiti dihentikan dan berharap ‘Kak Long 7E’ sedar akan kesilapan yang dilakukan.

Terdahulu, Aaron pernah memuat naik status di instagramnya memohon agar netizen berhenti berkongsi video tular ‘Kak Long 7E’ atau nama sebenarnya, Wan Nor Baizura dimana-mana platform sekaligus tindakannya ini dilihat sebagai mempertahankan individu berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Dah Minta Maaf, Kesian Anak” – Aaron Aziz Mohon Hentikan Muat Naik Video Kak Long 7E

Salma Syahbuddin