Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyarankan agar warga emas yang masih belum mendapatkan suntikan booster atau dos penggalak segera berbuat demikian.

Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.

Perkara itu dimaklumkan Khairy menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

“Mungkin orang tua kita tidak kemana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih.

“Elok ‘top-up’ perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Selain itu, Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19 dan ia jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi.

Salma Syahbuddin