Muat Naik Hantaran Tak Sempat Bercinta, Sherry Alhadad Buka Peluang Jejaka Luar Untuk Berkenalan!

Pengacara terkenal, Sherry Alhadad memuat naik sebuah hantaran yang mencuit hati orang ramai mengenai dirinya yang tidak sempat untuk bercinta dek kerana terlalu sibuk bekerja.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Sherry memuat naik gambar ‘meme’ yang mempunyai kartun menangis berserta ayat ‘Siang Kerja, malam rehat. Mana sempat nak bercinta’.

Perkongsian pengacara berkaliber itu telah berjaya meraih perhatian rakan-rakan selebriti dan wargamaya yang seakan berada dalam situasi sama seperti Sherry.

Tambahan lagi, perkara yang paling menarik perhatian ialah apabila kapsyen Sherry di hantaran tersebut seakan membuka peluang kepada jejaka yang ingin mengenalnya dengan meminta umur, jantina dan tempat tempat.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan selebriti yang terhibur dengan kenyatan Sherry itu, malah ada juga dalam kalangan mereka yang memahami perasaan Sherry.

Wargamaya turut meninggalkan komen dengan memberi kata-kata doa dan semangat kepada Sherry untuk terus bersabar dalam menanti jodohnya yang bakal tiba kelak.

Aduhai, kelakar pengacara hebat ini ya! Sempat pula dia berseloroh mengenai hal cinta itu. Apapun, semoga Sherry ditemukan dengan jodoh yang baik-baik!

Aqilah Paharuzi