Tak Sia-Sia Datang Dari Jauh, Jom Menang Kereta Milik Nor Azlan

Selepas beberapa kali cubaan menyertai peraduan cabutan bertuah, tuah menyebelahi bapa dua anak, Nor Azlan Mohd Nor apabila terpilih sebagai pemenang Jom Menang Kereta, tahun ini.

Kata Azlan, ini merupakan kali pertama dia menerima ‘rezeki terpijak’. 

“Ternyata tidak sia-sia kunjungan saya ke Pulau Pinang untuk karnival jom heboh tahun ini.

“Saya sering mengikuti karnival Jom Heboh tahun sebelum ini. Kemenangan adalah rezeki anak-anak saya,” katanya penuh syukur.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), Johan Ishak, di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, pagi ini.

Azlan membawa pulang sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star selepas borang penyertaan dengan nombor siri 31510 telah dipilih sebagai pemenang Jom Menang Kereta, kali ini.

Tahniah buat En Azlan sekeluarga!

Nak menang kereta, jom ke MITC, Melaka pada 2-3 November untuk karnival Jom Heboh seterusnya. Siapa tahu rezeki korang pula selepas ini kan?

SGMS Faida