“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai.

Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama bersiri tersebut.

Menurut Suriyati Sidek, penerbit Creative Skill Solution Sdn Bhd, tajuk drama terbabit sangat menarik untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai karya ini.

Suriyati berkata, dia tidak tahu netizen menyampah dengan tajuk drama itu sehingga ada yang ‘cringe’ dan mahu muntah darah.

“Saya tak rasa tajuk ini ‘cringe’. Bagi saya, tajuknya sangat menarik perhatian orang ramai untuk tahu lebih lanjut tentang drama ini. Masa pertama kali kita dapat novel ni pun kita tertarik dengan tajuknya.

“Tak tahu pula ada yang sampai termuntah darah dengan tajuk ni. Namun kita tak boleh puaskan hati semua. Alhamdullilah respons penonton pun bagus,” katanya.

Walaupun terdapat banyak kritikan diterima di media sosial, drama tersebut mendapat sambutan hangat sehingga ramai orang meminta agar drama ini mempunyai sambungan.

“Sambutan memang di luar dugaan sekali. Terima kasih pada semua yang menyokong drama ini.

“Insya-Allah kalau ada permintaan kita akan sambung lagi. Tapi kita kena berbincang dengan pihak stesen and semua pelakon juga. Terutama watak utama kita iaitu Redza dan Rose,” ujarnya.

Tambah Suriyati, pihak stesen akan mengambil kira semua pendapat dan cadangan yang diberikan peminat untuk membuat kesinambungan drama ini.

“Sudah tentu kita akan buat lagi ‘better’. Kita juga akan mengambil kira semua pendapat dan cadangan yang diberikan peminat.

“Sebetulnya kita banyak terima ‘direct message’ dari peminat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai plot cerita untuk sambungan drama ini, Suriyati enggan mendedahkannya.

“Buat masa ini biar ‘surprise’ dulu. Nanti kalau bagi tahu sekarang basi pula,” katanya.

Marcella