Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

Personaliti televisyen dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan suaminya yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, dilihat berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, memaklumkan bahawa mereka kini telah bergelar ibu dan bapa angkat kepada seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama, Musa.

Selain itu, Mizz Nina juga sempat berkongsi pengalaman dan perjuangannya dalam mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Intrauterine Insemination (IUI) dan In-vitro Fertilization (IVF).

Tambahnya lagi, Musa telah menjadi sebahagian dari hidup mereka sejak tiga bulan lalu.

“Alhamdulillah sudah tiga bulan kelahiran bayi Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan doa yang indah ini.

“Saya dengan berbesar hati boleh mengatakan boleh mengatakan bahawa Musa kini adalah mahram saya.

“Ia perjalanan yang cukup panjang termasuklah melalui proses IUI, IVF selama bertahun-tahun. Allah menganugerahkan kami bayi yang manis melalui cara yang cukup indah.

“Jika Allah mengkehendaki sesuatu untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada menjadi milik anda. Hanya Dia yang maha mengetahui. Segala ujian dan perjuangan ini bersebab,” jelasnya.

Sementara itu, Nina mengakui sebelum membuat keputusan untuk memiliki Musa, dia mengambil masa lebih satu tahun untuk membuka hati dan bersedia.

Malah, dek kerana perjalanan kemanusiaan yang disertainya selama ini  menjadi sebab dalam membantunya membuat keputusan.

“Saya masih ingat, saya mengambil masa lebih setahun untuk membuat keputuasn dan bersedia. Malah Noh yang memulakan idea untuk kami menerima pakai (sudah tentu dalam Islam nama keluarga bayi itu mestilah bin Abdullah atau nama-nama lain Allah dan bukan nama bapa angkat) dan kerana dia tidak berpuas hati, ia membuatkan saya ingin tahu.

“Perjuangan kemanusiaan kami sebelum ini juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini bila mana, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, tanpa cara atau tempat yang boleh mereka hubungi ke rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.

“Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar meluaskan hati dan memberikan saya keyakinan terhadap segala perancanganNya. Dan alhamdulillah saya kini bersedia memiliki Musa. 

“Musa adalah anugerah Allah buat kami. Dan menjadi ibu bapa adalah satu perjalanan yang cukup mengkagumkan serta kami menyanginya,” ujarnya.

Mizz Nina juga sempat menitipkan doa buat Musa agar menjadi anak yang soleh dan menjadi cahaya buat seluruh ummat manusia.

“Semoga menjadi cahaya bagi umat. Semoga Allah SWT melindungi keluarga kecil kita di dunia dan di akhirat serta mengizinkan kita termasuk dalam golongan orang yang beriman,” tulisnya.

 

Salma Syahbuddin