Solat Tarawih Dibenarkan Di Masjid & Surau Sempena Ramadan Ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberi jaminan bahawa solat sunat Tarawih sempena Ramadan ini adalah dibenarkan disemua masjid dan surau.

Bagaimanapun pelaksanaan solat Tarawih itu adalah berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak.

Setakat ini SOP tersebut masih belum diputuskan namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa walaupun kes Covid-19 masih meningkat.

“SOP nanti akan agak longgar bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada KKM dan buat panduan tarawih dari situ,” katanya.

Tambahnya lagi, SOP juga akan dikeluarkan KKM dan akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.

“InsyaAllah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita berdoa supaya penularan Covid-19 ini tidak begitu serius. Kalau semakin teruk kita akan ikut nasihat daripada pihak KKM,” jelasnya.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin