Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Lebih 4 Penumpang Bermula Hari Ini

Bermula hari ini, pemandu keadaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti masing-masing.

Perkara tersebut diberitahu oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media semalam apabila kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).

Mesti Terdiri Daripada Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama Pemandu

Syarat yang mesti dikekalkan ialah penumpang mestilah terdiri daripada orang yang tinggal serumah dengan pemandu.

“Jika multi purpose vehicle (MPV) (kenderaan pelbagai guna) kapasitinya adalah tujuh penumpang, jadi bermula esok (hari ini) mereka boleh membawa penumpang dengan jumlah maksimum. Pemandu harus mengikut kapasiti kenderaan masing-masing seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya semalam.

Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan empat individu masing-masing iaitu tiga penumpang dan seorang lagi pemandu bagi sebuah kenderaan.

Untuk perkembangan terkini, korang boleh saksikan di Youtube Buletin Utama TV3 okay?

Buat yang memandu tu berhati-hati di jalan raya dan salam lebaran!

Syafiqa Irdina