Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Jangan Takut Dikenakan Kompaun, Pekerja Swasta Berisiko Dipecat Kalau Tak Datang Kerja

Ambil perhatian semua!

Pekerja swasta yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga terperangkap di kampung, berdepan risiko boleh dibuang kerja jika tidak hadir bertugas selama lebih dua hari berturut-turut.

Oleh itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan, dinasihatkan untuk tidak takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang, dan mereka perlu pulang ke kota untuk menyambung tugasan serta pekerjaan, seperti biasa.

Kalau lolos dahulu, mereka cekap. Tetapi ketika balik tidak dapat lolos, mereka akan diambil tindakan polis. Jadi, bayar sahajalah kompaun. Jangan sampai tidak pulang. Jangan sebab takutkan dikompaun, tidak balik dan akhirnya hilang pekerjaan,” katanya semalam.

Tambah beliau, kerajaan tidak menghalang mereka untuk kembali pulang bekerja, tetapi tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis, memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Peringatan itu turut diberikan oleh Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia, MEF, Datuk Shamsudin Bardan.

Pekerja swasta yang gagal datang bekerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa mendapat cuti terlebih dahulu dan tanpa sebab munasabah, boleh ditamatkan perkhidmatan kerana telah melanggar perjanjian perkhidmatan.

Pekerja swasta berada di luar daerah dan tidak dapat kembali di tempat kerja dikira telah melanggar peruntukan PKPB dan ini adalah menjadikan satu lagi sebab kenapa mereka boleh dibuang kerja,”katanya.

Tindakan itu boleh dilakukan mengikut Seksyen (2) Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan seorang pekerja dianggap melanggar perkhidmatannya jika tidak hadir bekerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa pemakluman awal kepada majikan.

Untuk makluman penuh, korang boleh tonton video di bawah:

Sumber: Youtube Buletin TV3

Syafiqa Irdina