UiTM Memutuskan Profesor Dr Roshana Takim Untuk ‘Berehat’ Daripada Tugasan Pengajaran Mulai 1 April 2022

Rentetan daripada isu seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Sri Iskandar, UiTM telah memutuskan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran bermula 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.

Menerusi laporan Buletin TV3 memaklumkan Jabatan Komunikasi UiTM memberitahu keputusan yang telah dimeterai itu adalah untuk memastikan keadilan merangkumi semua pihak.

Keputusan tersebut telah diadakan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti pada 31 Mac 2022.

“Pada masa yang sama, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang sengaja ataupun tidak menyebarkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warganya.

“UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) dibuat secara rawak setiap semester boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat dan pelanjutan kontrak perkhidmatan.”

Artikel Berkaitan: “Laptop Ada, Ibu Pula Masih..” – Tular ‘Laporan Kronologi’ Kisah Viral Isu Pensyarah Didakwa Plot Twist?

Artikel Berkaitan: “Sebagai Pelajar Harus Bertanggungjawab, Ni Sikit-Sikit Letak Kat Sosial Media”- Ramai Tak Setuju Pendapat Nurul Hidayah Zahid Isu Pensyarah Hina Pelajar B40

Artikel Berkaitan: Tular Pensyarah Hina Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM… MPP Pula Gesa Ambil Tindakan Tegas!

Sumber: Buletin TV3

Aqilah Paharuzi