[VIDEO] Agong Mencemar Duli, Tinjau Lalu Lintas Kuala Lumpur Waktu Malam

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada waktu malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur.

Video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di laman media sosial Instagram Istana Negara itu memaklumkan Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberikan kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan.

Zahir Sokongan Buat Usaha Kerajaan

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dengan kekal berada di rumah.

Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di ibu kota pada hari ketiga pelaksanaan PKP fasa satu dengan memandu sendiri kenderaan selain turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.

Sekali lagi diingatkan supaya setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama okay?

Syafiqa Irdina