‘Raja Berjiwa Rakyat’-Yang Dipertuan Agong Ikhlas Salur Sumbangan Peribadi

Berikutan penularan pandemik COVID-19, Yang di-Pertian Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah semalam berkenan memberikan sumbangan peribadi untuk mengisi Tabung Khas COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram Istana Negara, sumbangan itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menerusi laman Instagram, Istana Negara berharap sumbangan ini dapat membantu usaha-usaha kerajaan membanteras penularan COVID-19.

Terdahulu, Pada 31 Mac lalu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda berdua selama enam bulan, mulai Mac hingga Ogos, bagu membantu meringankan beban kerajaan dan menangani pandemik.

Semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera.

Baca artikel berkaitan: Demi Bantu COVID-19, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Sanggup Tolak Elaun Diraja , Agong Dan Pemaisuri Bebas COVID-19, Kini Selesai Jalani Kuarantin

Sumber: Istana Negara

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”