[VIDEO] “Silap-Silap Ke Dalam Nanti” – Abby Abadi Pesan Pada Wanita Jangan Menggatal Dengan Suami Orang

Pelakon Abby Abadi memberi peringatan kepada wanita-wanita diluar sana untuk tidak menganggu suami orang.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia mengatakan menganggu rumah tangga orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dipenjarakan.

“Suami orang jangan try-try, silap-silap ke dalam nanti. Tapi kalau suami yang menggatal dulu, yang melayan juga yang kena ke? Suami tak kena apa-apa?,” tulisnya.

@abbyabadi112Sekadar mngingatkan & berpesan 🤭😶‍🌫️ Hidup ada PILIHAN. ALLAH bagi AKAL. Gunakan sebaiknya. Jangan aniaya hidup org, tak baik 🫢

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Pada masa sama, Abby turut berpesan supaya jaga keluarga yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita.

“Apapun, sekadar mengingatkan. Hidup penuh tanggungjawab, dah ada keluarga, jaga keluarga ya. Sakit nak jawab dengan Allah nanti,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Abby seakan-akan menujukan hantaran video itu kepada seseorang dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Maya Basir