[VIDEO] Pasang ‘Belon Gastrik’ Demi Turun Berat Badan, Ramai Ngeri Tengok Zarina Anjoulie

Tindakan selebriti, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju, dilihat baru sahaja selesai menjalani rawatan ‘Intragastric Balloon’ atau belon gastrik mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Malah, ada diantara pengikut Anju di media sosial yang ngeri melihat proses rawatan tersebut dilakukan.

 

Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram miliknya, rawatan belon gastrik ini adalah bertujuan untuk  mengawal selera makan dan mampu menurunkan berat badan.

Meskipun, rawatan ini menelan kos yang sangat tinggi iaitu sekitar RM16,000 sehingga RM18,000 bergantung kepada harga rawatan yang ditetapkan oleh pusat perubatan terpilih namun, kaedah rawatan ini tidak melibatkan sebarang pembedahan.

 

Menurut doktor yang bertanggungjawab merawat pelakon drama Anak Pontianak ini, pesakit hanya perlu menelan belon gastrik yang berbentuk pil sebelum hujung saluran paip tersebut diisi dengan air untuk mengembangkan belon dalam perut.

Dan selepas itu, doktor yang bertanggungjawab akan menjalankan imbasan sinar-x (x-ray) bagi memastikan belon berada pada kedudukan yang betul sebelum pesakit dibenarkan pulang.

 

Walaupun ramai peminat dan warganet diluar sana yang ngeri melihat proses rawatan tersebut dilakukan namun, masih ada segelintir individu yang berminat mencuba rawatan terbabit demi untuk kelihatan kurus.

Terdahulu, menerusi hantaran yang berlainan, Anju ada memuat naik beberapa video menunjukkan rupa sebenar belon gastrik setelah berada didalam perut pesakit.

 

Salma Syahbuddin