YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta).

YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, dia membelanjakan $3.5 juta (RM14.82 juta) untuk lakonan semula di mana 456 peserta bertarung untuk memenangi jackpot.

Mr. Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berkata di akaun Twitter miliknya, ia menelan belanja sekitar $2 juta (RM8.4 juta) untuk membina dan menghasilkan rekreasi itu, manakala dia membelanjakan sekitar $1.5 juta (RM6.3 juta) untuk hadiah.

Sebagai tambahan kepada hadiah enam angka pertama, Mr. Beast menderma $2,000 (RM8,478) kepada setiap peserta dan $10,000 (RM42,390) kepada naib juara.

Rekreasi itu termasuk permainan kanak-kanak Korea yang dimainkan dalam “Squid Game,” seperti Lampu Merah, Lampu Hijau, guli dan tarik tali berada dalam set besar yang mengambil masa berminggu-minggu untuk dibina.

Berbeza dengan siri sebenar di mana peserta yang gagal dalam cabaran akan dibunuh, namun tiada peserta yang cedera.

Pemain sebaliknya ditipu dengan bahan letupan tanpa wayar yang dipenuhi dengan darah palsu yang pecah apabila peserta disingkirkan.

Lakonan semula “Squid Game” bukanlah kali pertama Mr. Beast melakukan aksi boros seperti ini untuk laman YouTube miliknya.

Mr. Beast terkenal kerana menawarkan hadiah pelik kepada pengikut dalam taliannya yang sanggup bersaing dalam cabaran yang tidak masuk akal.

Sumber: New York Post

Marcella