Trending By: Attiqah Mohd October 7, 2021 @ 5:18pm

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok.

Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian.

Isu tersebut mendapat perhatian ramai selebriti termasuk rapper dan usahawan Caprice.

Menerusi laman Instagram, Caprice memberikan pendapat beliau secara terbuka dan berharap agar ada badan khusus yang ditubuhkan untuk membanteras ilmu hitam ini.

“Masalah sihir dan santau dari zaman ‘atok moyang’ Caprice hinggalah zaman Facebook masih ada,” katanya.

Malah, Caprice turut memberi cadangan agar pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius mengenai perkara ini.

“Kalau orang biasa boleh cari bomoh, takkan task force pakar bab ni tak boleh tangkap,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Caprice malah turut meninggalkan pengalaman mereka sendiri berdepan dengan perbuatan ilmu hitam ini.

Tak kurang juga yang berharap agar kerajaan mengambil pendekatan secara lebih serius dan menubuhkan lebih banyak institusi keagamaan bagi membanteras isu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Sep 2022

Wajah Tenang & Tersenyum, Ebit Lew Sambung Perbicaraan Hari Terakhir

UEL tenang melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaran bermula.

Replicated Draft Thu, 30 Nov 2023

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut. Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri. Namun begitu, seiring berlalunya hari dan […]

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Keakraban Nourul Depp Dengan Bapa & Mak Mertua Curi Perhatian Ramai – “Mesra Sangat!”

Bestnyaa bersantai luangkan masa bersama keluarga tersayang! Cantik rumah Nourul di Bali 🤩🤩

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Mon, 24 Jul 2023