Categories: Trending

Tun M Diisytihar Perdana Menteri Ke- 7

Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia (seperti yang dilaporkan media antarabangsa).

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan bagi membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada Rabu, PH memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Terdahulu, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober 2003.

SGMS Faida