Categories: Sihat

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Tahukah anda bahawa 50% daripada tubuh kita ini terdiri daripada air? Tanpa adanya air, badan kita tidak akan mendapatkan suhu yang normal dan membuat zat yang tidak terpakai dalam tubuh melalui peluh, air kencing dan air besar.

Bukan itu sahaja, kita perlu minum air putih dengan secukupnya agar tubuh tidak dehidrasi. Kalau anda nak tahu, minum air putih juga boleh membantu untuk anda kuruskan badan. Nak tahu waktu yang paling sesuai untuk minum air putih bagi anda yang sedang berdiet? Jom baca ini.

1. Selepas bangun tidur

Segelas air pada waktu pagi sebenarnya dapat membantu badan anda untuk bangun dan bergerak. Selain itu, kehadiran air dapat membantu tubuh untuk menolak radikal bebas dan sisa-sisa kalori yang dibakar untuk metabolisma badan dalm sekelip mata. 

2. Sebelum makan

Minumlah air putih sebelum anda makan kerana ia membantu untuk rasa lebih kenyang. Minum air sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan. Selepas makan, jangan lupa pula untuk minum air putih lagi ya.

3. Apabila lapar

Apabila anda mula rasa lapar walaupun belum sampai waktu makan, cuba minum segelas air. Sebenarnya, apabila badan kita dehidrasi ia akan menyebabkan kita kerap untuk rasa lapar dan sebenarnya ia sangat baik untuk anda minum air putih. 

Foto: Mavcure

4. Sebelum makan makanan ringan

Sekiranya anda ingin makan makanan ringan, minum air terlebih dahulu. Air kosong membantu anda rasa kenyang, jadi pengambilan kalori lebih terkawal.

5. Sebelum bersukan

Sebelum anda memulakan aktiviti senaman, sebaiknya minum air putih terlebih dahulu. Ia akan membantu keupayaan tubuh kita untuk menjaga serangan haba. 

6. Selepas senaman

Selepas bersenam, anda perlu segera minum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan, dan suhu alam sekitar. Walau bagaimanapun, pastikan tidak minum terlalu banyak air terlalu cepat kerana boleh menyebabkan kekejangan perut.

7. Apabila orang di sekeliling jatuh sakit

Apabila ahli keluarga atau rakan sekerja sakit, anda perlu minum lebih banyak air untuk membantu membersihkan segala kuman dan virus yang masuk dalam tubuh badan kita. 

8. Apabila sakit

Pasti apabila anda sakit dan berjumpa doktor, dan doktor akan sarankan untuk anda minum air putih dengan banyak kan? Apabila kita sakit badan kita akan berasa lemas dan akan mudah kehilangan air, jadi anda perlu minum air secukupnya terutama sekali apabila mengalami selsema ataupun demam. Anda juga boleh makan makanan yang berunsurkan sup.

Jadi, lepas ini bagi anda yang nak turunkan berat badan perlulah minum air putih mengikut waktu yang betul ok! Tapi, penulis juga nak pesan jangan waktu diet sahaja anda minum air putih, kalau tak diet pun anda wajib minum air putih dengan secukupnya agar badan kita tidak dehidrasi. 

Sumber: Aliffchannel 

tex_admin