Categories: Trending

Twitter Permaisuri Agong Di Tutup?

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah . Selalu menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang. Dari Twitter ini baginda berkongsikan sesuatu perkara dari sudut pandangannya sendiri.

Akaun Twitter ini juga digunakan untuk berkongsi momen-momen indah baginda. Selain dari berinteraksi dengan rakyat.
Ramai netizen suka dengan pendekatan baginda dimana ada kelihatan perkongsian di kongsi kembali hingga menjadi tular di kalangan netizen. Telatah yang selamba menjadikan Tuanku Permaisuri Agong selalu berada dekat dengan netizen. 

Sebentar tadi, tercari-cari juga akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui. Ianya kelihatan seperti dinyahaktif.


Hingga kini rata-rata netizen menyatakan kesedihan apabila mengetahui berita ini 

Antara yang berkongsi dan meluahkan kesedihan susulan tindakan Tuanku Permaisuri Agong yang mungkin telah nyah aktif akaunnya.
Ramai yang mula meluahkan rasa sedih dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya

 

Moga berita ini bukanlah betul setakat masalah teknikal sahaja. Kembalikan akaun Twitter seperti sediakala. Ampun Tuanku.

SGMS Enal