Categories: Trending

Tya Arifin Kembali Menyanyi, Bagaikan Mutiara Rangkuman Kisah Perjalanan Hidup

Pelakon, usahawan dan penyanyi, Tya Arifin kini tampil dengan single pertama Tya di Malaysia berjudul Bagaikan Mutiara.

Istimewanya lagu ini kerana ia turut mendapat sentuhan nukilan lirik dari suami tercinta, Asyraf Khalid bersama Ahmad Jeffny.

Malah, lagu nuansa pop ciptaan Ahmad Jeffny dan penyanyi Yuka Kharisma ini menjadi bukti terhadap pengorbanan hidup serta minat terhadap bidang seni yang tidak pernah terhakis.

Saya tidak pernah menyesal…

Tya juga memaklumkan dia tidak pernah menyesal berhijrah ke Malaysia saat namanya meningkat naik di Indonesia.

“Bukan keputusan mudah  sebenarnya untuk saya meninggalkan keluarga dan kerjaya di Indonesia.  Namun saya bulatkan hati dan percaya cinta yang teguh itu menjadi azimat berharga membawa bahagia berterusan”

“Lirik awal lagu ini sendiri bermula dengan kembara saya dari tanah seberang menuju ke Malaysia. Pendek kata lagu ini mengenai perjalanan saya bertemu dengan suami dan seterusnya” katanya.

Tambahnya lagi, lagu edaran Universal Music Malaysia ini diabadikan untuk meraikan 5 tahun usia perkahwinan beliau bersama Asyraf Khalid.

Terdahulu, Tya dan Asyraf mendirikan rumahtangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Arif Jiwa  dan Azzahra Jiwa.

Jadi, buat semua peminat Tya Arifin jangan lupa untuk menyaksikan video penuh menerusi Youtube Channel Tya Arifin Official di bawah :

Salma Syahbuddin