PKPB Di Selangor & KL Dilanjutkan, Rentas Daerah & Negeri Kini Dibenarkan

Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan hari ini, Dato Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur dilanjutkan.

Menerusi penilaian risiko oleh KKM, mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan PKPB bermula 7 Disember hingga 20 Disember.

3 kawasan ditamatkan PKPB

Walaubagaimanapun, terdapat tiga kawasan ditamatkan PKPB di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagi kawasan di Putrajaya pula, PKPB telah ditamatkan secara keseluruhan.

Seluruh rentas daerah dan negeri dibenarkan

Walaubagaimanapun, semua aktiviti rentas daerah dan negeri kini dibenarkan di kawasan PKPB dengan kepatuhan terhadap SOP.

Bagi aktiviti rentas daerah dan negeri, tiada lagi sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Larangan rentas daerah dan negeri kini hanya berkuatkuasa terhadap kawasan PKPD sahaja.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”