Categories: FeaturedTrending

“Ustaz Buka Mata Ramai Pemimpin.. ” – Pertemuan Ebit Lew Dan TMJ Dapat Perhatian Ramai

Ebit Lew dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail hari ini mendapat perhatian ramai.

Menerusi laman Twitter rasmi, Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa TMJ telah berkenan memberi sumbangan sebanyak 200, 000 bagi misi bantuannya.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia,” luah Ebit Lew dengan penuh rasa terharu dan bersyukur.

Ustaz Ebit Lew turut memuji sikap TMJ yang disifatkan sebagai merendah diri dan melayan dirinya sebagai seorang sahabat.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut memberikan reaksi positif dengan pertemuan tersebut.

Terdahulu, tular mengenai berita Ustaz Ebit Lew bakal dikenakan tindakan setelah berjaya mengislamkan sekumpulan penduduk di Sabah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”