Categories: Trending

Vaksin Covid-19 : Malaysia Berhasrat Tingkat Usaha Dengan UAE

Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM), Seri Paduka bertitah UAE menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam tempoh sukar ini.

Kredit foto: Bernama

“Kedua-dua negara boleh meneroka dan memperhebatkan hubungan dalam bidang pembangunan vaksin COVID-19 dan mengukuhkan kerjasama pasca pandemik antaranya dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, pertanian, teknologi masa depan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, industri halal serta pelancongan,” titah Seri Paduka seperti yang dipetik dalam laporan WAM hari ini.

Al-Sultan Abdullah berada Abu Dhabi, UAE untuk lawatan lima khas lima hari, dan dalam lawatan itu baginda telah mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE serta pegawai-pegawai kanan negara berkenaan. 

Sumber: BH

Kredit foto: Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”