Categories: Trending

Saling Mengenali Sebelum LCK 2, Bibit Percintaan Kael & Evie Kini Mulai Berputik?

Menjelang pentas akhir Lagu Cinta Kita 2, pastinya pelbagai kisah menarik antara pasangan mulai dihidu ramai pihak. 

Antara pasangan yang sentiasa tampil unik dengan gaya dan personaliti mereka yang “cool” semestinya pasangan Kael & Evie.

Kedua-duanya dilihat sangat serasi bersama bukan sahaja sebagai pasangan duet di atas pentas malah mereka berdua juga dilihat serasi bergandingan di luar sehingga ramai yang tertanya-tanya sekiranya bibit-bibit percintaan mula berputik.

“Sebenarnya kami berdua mengenali antara satu sama lain sebelum menyertai LCK2 tetapi kami tidak pernah berkenalan dengan lebih dekat”, akui Kael, 31 tahun.

Apapun, tak salah kalau mereka bercinta, masing-masing pun masih single. Serasi betul pasangan ini.

Buat korang yang tak sabar nak saksikan persembahan kedua dua pasangan ini, jangan lupa terus mengundi peserta kegemaran korang menerusi paparan QR Code pada skrin televisyen korang dan saksikan secara langsung Lagu Cinta Kita 2 pentas akhir pada minggu hadapan, Hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”