Categories: Trending

“Kalau Boleh, Nak 13 Orang Anak…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Enggan Rancang Zuriat

“Kalau boleh, saya nak 13 orang anak,” seloroh pengacara Nabil Mahir ketika ditanya mengenai perancangan memiliki zuriat bersama pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Menghitung hari untuk disatukan 1 Januari depan, Nabil dan Ayda tidak menolak untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami tak akan rancang. Jika ada rezeki untuk mendapat anak sejurus selepas bernikah, kami terima dengan berbesar hati.

“Lagipun, kami berdua sukakan budak-budak. Mengenai bilangan anak, kami tak kisah. Kalau dapat 13 orang pun okay, lagipun 13 nombor kegemaran saya,” kata Nabil sambil tertawa.

Nabil ditemui di pelancaran muzik video lagu terbaru Ayda yang berjudul Parah Parah di Publika sebentar tadi.

Nabil menggalas tugas sebagai pengarah muzik video Parah Parah bersama Zalhilman Ismail.

“Penggambaran mengambil masa selama dua hari dan jadual yang ditetapkan sangat ketat.

“Alhamdulillah, biarpun perlu menyiapkan muzik video ini dalam masa yang singkat, semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Parah Parah merupakan single terbaru Ayda ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong, Mimi Fly dan Ayda sendiri.

Lagu Parah Parah boleh distrim di semua platform digital bermula 12 Disember lalu.

Padin