Categories: Trending

LCK 2: Adly & Darling Pernah Bergaduh?

Debaran pentas akhir Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) semakin terasa, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan apakah kejutan yang bakal dilakukan oleh  enam pasangan finalis yang mara ke peringkat akhir. 

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan persembahan darioada salah alah satu pasangan kesayangan ramai iaitu Adly & Darling.

Ketika ditemui di sidang media LCK 2, pasangan manis itu berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang menyertai LCK 2.

” Sepanjang saya di LCK2, banyak sebenarnya input yang saya dapat. Dari segi nyanyian dan sebagainya tetapi dengan pasangan duet tu adalah bergaduh sedikit ” usik Darling.

Adly, 20 tahun turut meluahkan rasa syukur, “Alhamdulillah, saya dimaklumkan saya & Darling antara top favourite couple yang mendapat undian peminat di luar sana. Terima kasih buat yang mengundi kami”.

Pastinya ramai ternanti-nanti persembahan pasangan ini. Buat peminat LCK2 jangan lupa terus mengundi peserta kegemaran korang menerusi paparan QR Code pada skrin televisyen korang dan saksikan secara langsung Lagu Cinta Kita 2 pentas akhir pada minggu hadapan, Hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”