Categories: LIFESTYLE

Kisah Inspirasi ‘Legasi Perwira’ Bakal Bantu Usahawan

Sektor ekonomi sudah pastinya terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia.

Pastinya usahawan yang melibatkan diri dalam Industri Kecil Sederhana antara yang paling teruk terjejas sehingga ada segelintir yang terpaksa ‘gulung tikar’ akibat tidak mampu menanggung kerugian.

Dengan objektif untuk memberikan galakan dan inspirasi kepada usahawan yang terkesan dek pandemik, Annems Leadership Solution dengan kerjasama District Le Productiondatang dengan sebuah program terbaru.

Mereka menerbitkan kisah jatuh bangun usahawan sebelum dan sewaktu pasca pandemik menerusi program televisyen Legasi Perwira.

Menerusi program ini, personaliti hebat dalam dunia keusahawanan, Datuk Faridah Hanim Haron atau Ibu Hanim memberikan pendekatan untuk mendidik mereka yang bergelar usahawan untuk merencana perjalanan bisnes mereka.

“Saya mahu berperanan untuk menurunkan ilmu kepada para usahawan agar lebih bertahan lama dalam bisnes yang diusahakan.

“Berbekalkan pengalaman bekerjasama dengan banyak syarikat sebelum ini untuk membantu mereka supaya lebih bertahan lama, saya terlibat dalam program televisyen yang berkaitan usahawan.

“Itu salah satu langkah untuk saya memberi semula, dalam masa yang sama membantu mereka untuk terus bangkit,” katanya.

Terlibat dalam program televisyen realiti usahawan Legasi Perwira 2021, Ibu Hanim mencurahkan banyak ilmu keusahawanan kepada enam usahawan yang terpilih iaitu Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFF Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.

“Sejujurnya, bukan senang untuk menyiapkan program ini, tapi semua itu saya anggap sebagai satu cabaran dalam perjuangan. Saya lawan sakit, lawan penat untuk menghasilkan program ini.

“Saya sangat ingin menjayakan program ini kerana saya mahu lebih ramai lagi di seluruh Malaysia untuk tahu apa sebenarnya perjuangan kita dalam bidang keusahawanan,” katanya lagi.

Dengan tagline Usahawan Nadi Negara, pelbagai petua atau tip dalam keusahawanan yang akan dikongsi oleh Ibu Hanim dalam program Legasi Perwira 2021.

Padin