Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 29, 2020 @ 8:07pm

“Kalau Boleh, Nak 13 Orang Anak…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Enggan Rancang Zuriat

“Kalau boleh, saya nak 13 orang anak,” seloroh pengacara Nabil Mahir ketika ditanya mengenai perancangan memiliki zuriat bersama pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Menghitung hari untuk disatukan 1 Januari depan, Nabil dan Ayda tidak menolak untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami tak akan rancang. Jika ada rezeki untuk mendapat anak sejurus selepas bernikah, kami terima dengan berbesar hati.

“Lagipun, kami berdua sukakan budak-budak. Mengenai bilangan anak, kami tak kisah. Kalau dapat 13 orang pun okay, lagipun 13 nombor kegemaran saya,” kata Nabil sambil tertawa.

Nabil ditemui di pelancaran muzik video lagu terbaru Ayda yang berjudul Parah Parah di Publika sebentar tadi.

Nabil menggalas tugas sebagai pengarah muzik video Parah Parah bersama Zalhilman Ismail.

“Penggambaran mengambil masa selama dua hari dan jadual yang ditetapkan sangat ketat.

“Alhamdulillah, biarpun perlu menyiapkan muzik video ini dalam masa yang singkat, semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Parah Parah merupakan single terbaru Ayda ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong, Mimi Fly dan Ayda sendiri.

Lagu Parah Parah boleh distrim di semua platform digital bermula 12 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Feb 2025

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Along nekad mengaku tak bersalah atas pertuduhan kes dadah

Featured Mon, 10 Mar 2025

Sarah Yasmine Tuntut Bayaran Ganti Rugi Hampir RM1 Juta Terhadap Aliff Aziz

Sarah menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memburukkan namanya sebelum ini .

Featured Wed, 23 Apr 2025

Isteri Edika Yusof Akhirnya ‘Buka Mulut’, Dedah Suami Banyak Kali Lafaz Talak & Angkat Sumpah Laknat

Edika telah menafikan semua dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari.

Featured Fri, 3 Feb 2023

Aeril Zafrel Puji Sophia Albarakah Manja, Ini Reaksi Wawa Zainal

Alamak, habis la Aeril 🤣 Tidur luar ke tu? Hihiiii

Hiburan Sat, 3 Jan 2026
error: Content is protected !!