Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2025 @ 3:22pm

Isteri Edika Yusof Akhirnya ‘Buka Mulut’, Dedah Suami Banyak Kali Lafaz Talak & Angkat Sumpah Laknat

Kemeluat rumah tangga antara pelakon Edika Yusof dan isteri, Nor Hidayah Yusri semakin panas apabila wanita itu mendedahkan suaminya sudah banyak kali melafazkan cerai terhadapnya.

Bagaimanapun, aktor berusi 58 tahun itu menafikan kenyataan tersebut.

Nor Hidayah ketika ditemui usai prosiding kes hari ini berkata, ini bukanlah kali pertama dia membuat permohonan cerai kerana sebelum ini dia pernah datang untuk pengesahan lafaz talak.

“Saya buat permohonan cerai tapi sebenarnya benda ni saya bukan buat kali pertama tapi sebelum ni saya pernah datang ke mahkamah untuk pengesahan lafaz talak.

“Namun Edika telah menafikan semua dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari. Dan kemudian saya teruskan dengan permohonan cerai.

“Bulan 12 tahun lepas saya dah buat pengesahan lafaz cerai dan pada bulan Januari saya naik mahkamah dan sekarang saya teruskan dengan proses ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dalam perkongsian sama, anak sulung pasangan berkenaan iaitu, Fardeen Nasrulhaq, 21, yang hadir menemani ibunya itu berkata, tindakan perceraian adalah jalan terbaik buat ibu bapanya.

“Selagi saya masih hidup, saya boleh jaga dia (ibu).

“Tiada apa yang boleh saya cakap, tapi saya rasa ini jalan terbaik buat ibu dan ayah saya.

“Mereka juga akan kurang tekanan selepas ini dan saya pun sudah terbiasa sejak dari kecil buat benda ini (menjaga ibu) dan untuk saya, ia tiada beza,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Jaga Dia 19 Tahun, Tapi Kenapa Baru Sekarang?” – Edika Yusof  ‘Akur’, Anggap Isteri Fail Cerai Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Di Ambang Perpisahan, Isteri Edika Yusof Bangkit Uruskan Hidup Sendiri.. Kini Tinggal Bersama Anak  – “Walaupun Susah, Saya Buat Selagi Terdaya”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Tidak Sekufu Bagi Dia” – Edika Yusof Jawab Isu Isteri Failkan Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Tak Tinggal Serumah, Isteri Edika Yusof Failkan Perceraian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Thu, 9 Dec 2021
Trending Wed, 26 Aug 2020
Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
error: Content is protected !!