Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 24, 2025 @ 5:36pm

Dah Tak Tinggal Serumah, Isteri Edika Yusof Failkan Perceraian

Isteri kepada pelakon terkenal, Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, dikatakan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.

Peguam yang mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim, mengesahkan perkara tersebut ketika menghadiri sebutan pertama kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi, Isnin.

Ketika ditemui, Yazid menjelaskan prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen dan bukan perbicaraan penuh.

“Hari ini hanyalah sebutan biasa bagi tujuan serahan dokumen kepada pihak defendan (Edika). Namun, beliau tidak hadir kerana kami menerima surat yang memaklumkan ketidakhadirannya, berkemungkinan atas urusan kerja atau sebab lain,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Ketika ditanya mengenai alasan di sebalik permohonan cerai, Yazid tidak mengulas secara terperinci kerana kes masih dalam perbicaraan. Namun, beliau mengesahkan ketiadaan persefahaman antara pasangan itu menjadi punca utama.

“Saya tidak dapat berkongsi butiran terperinci kerana perkara ini masih dalam proses mahkamah dan bersifat subjudis kepada pihak defendan.

“Namun, secara umum, ketidaksefahaman antara kedua-dua pihak menjadi sebab utama pemfailan perceraian ini,” katanya.

Hidayah, ketika ditemui, enggan mengulas lanjut mengenai keputusan yang diambilnya dan lebih memilih untuk menunggu kenyataan daripada pihak suaminya terlebih dahulu.

“Semua sudah tahu keadaan saya, jadi jika saya membuat keputusan untuk ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.

“Itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Jika ingin mendapatkan jawapan, tanyalah pihak sebelah sana kerana saya juga mahu mendengar apa yang akan mereka katakan,” katanya.

Hidayah turut mengesahkan bahawa dia dan Edika kini tidak lagi tinggal sebumbung, namun enggan berkongsi sejak bila perkara itu berlaku.

“Saya dan dia sudah tidak tinggal serumah, tetapi saya rasa tidak perlu untuk saya dedahkan bila ia bermula,” katanya ringkas.

Sebelum ini, kisah kesetiaan Edika yang menjaga isterinya selepas Hidayah mengalami lumpuh separuh badan ketika melahirkan anak kedua mereka 16 tahun lalu pernah menyentuh hati ramai.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Featured Thu, 25 May 2023
Events Fri, 28 Feb 2025

Raut Wajah Kelihatan Sugul, Ibu Allahyaham Zulfarhan Terkilan – “Kami Tahu Arwah Tak Salah”

“Jika mereka (tertuduh) datang minta maaf, saya sedia maafkan tapi…” – Ibu Zulfarhan

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

陈泽耀首战台湾漂移赛!逆转胜获新人赛季军

向来热爱赛车运动的阿哲(陈泽耀)在国庆日出发到台湾参加他人生首场国外飘移比赛,即便在最后的飘移动作有些许失误,可是仍逆转胜出获得新人赛季军,让他直呼「今年的国庆日超难忘」!

Featured Tue, 26 Nov 2024

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Amir juga menganggap naskah ini sebagai karya masterpiece.

error: Content is protected !!