Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2024 @ 2:29pm

Isu Seleweng Duit Kutipan Derma, Pempengaruh Bawa Imej Islamik Mohon Doakan Yang Terbaik

Susulan isu penyelewengan duit kutipan derma bernilai jutaan ringgit, pasangan pempengaruh media sosial yang membawa imej Islamik dihadapkan ke mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, suspek lelaki berusia 30 tahun itu kelihatan tenang hadir di Mahkamah bersama isterinya diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain sempat memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.

Dalam pada itu, pasangan ini hadir di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi bagi proses mendapatkan permohonan reman bertujuan membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.

Selain pasangan pempengaruh itu, dua lagi lelaki yang bakal direman juga salah seorangnya adalah pemilik platform kutipan derma yang juga anak serta menantu kepada pemimpin sebuah parti politik negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Pasangan Pempengaruh Ditahan SPRM, Seleweng Duit Kutipan Derma Jutaan Ringgit

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Dakwaan Songlap Duit Kutipan Derma, Alif Teega Buka Mulut – “Terlalu Banyak Tuduhan & Fitnah Tak Berasas Dicipta”

ARTIKEL BERKAITAN:Alif Teega Minta Individu Disebalik Akaun FB ‘Scam No One’ Dedah Identiti Sebenar, Dakwa Pemfitnah ‘Edit’ Bukti Seleweng Dana

Terdahulu, media melaporkan, pasangan berkenaan ditahan pada  jam 6.40 petang pada Rabu bagi membantu siasatan selepas didakwa membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit dan wang tersebut tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini, kedua-dua pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan bahawa semua dakwaan mengenai penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial adalah tidak tepat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Frasa Thai ‘Catchy’ Jadi Tarikan, Ayda Jebat Jawab Pertikaian Tajuk Single Baharu ‘Kentoot’

Ayda Jebat tampil menjawab pertikaian segelintir netizen mengenai tajuk single terbaharunya, Kentoot yang mengundang pelbagai reaksi.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Trending Tue, 20 Oct 2020
Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Jom Karaoke Lagu ‘Aduh’ & Menang RM 1000!

Penyanyi Zamani melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke bersempena dengan single terbaharunya, Aduh yang kini berada di seluruh cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia. Menerusi sebuah kenyataan media, penyertaan amat mudah […]

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

Trending Tue, 2 Oct 2018

Malaysian Woman Shares Her First Experience of Brazilian Waxing

“The pain of Brazilian waxing is mostly psychological…”

Events Sat, 31 May 2025

Hebat! Persembahan Nadeera Memukau, Selayaknya Tampil Dengan Konsert Berskala Besar

Hebat! Beraksi tanpa henti dengan lagu-lagu bernada tinggi tanpa membingitkan telinga.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Gandingan Dengan Zulin Aziz Menjadi, Achey Berjaya Rebut Juara Mingguan Sekali Lagi!

Kali kedua bergelar Juara Mingguan, Achey sekali lagi bawa pulang wang tunai RM 10,000 malam tadi. Tahniah Achey!

error: Content is protected !!