Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2025 @ 2:05pm

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Pelakon dan pelawak Along Cham, 42, tetap dengan pendirian mengaku tidak bersalah atas pertuduhan miliki dadah jenis kanabis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya pada Disember tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Majistret Sepang hari ini menetapkan 7 April 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen berkaitan.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa laporan kimia kes sudah diperolehi.

Dalam perkembangan lain, Along, atau nama penuhnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, hadir bersama ibu, Siti Habsah Kadir, 64, dan peguam, Syed Yusof Syed Zaid.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Sutri Patang.

Menurut Along, dia bersedia menghadapi perbicaraan panjang dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya akan memberikan kerjasama yang penuh, Insya-Allah,” katanya.

Pertuduhan & Hukuman

Sebelum ini, Along didakwa memiliki 1.49 gram dadah jenis kanabis pada 14 Disember 2024, pada jam 3.10 petang, di kediamannya di Cyberjaya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dan, pada 27 Januari 2025, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskannya atas satu lagi pertuduhan memiliki kanabis pada Disember tahun lalu.

Namun, dia kemudian dituduh di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berasingan, iaitu:

  • Memiliki 49.61 gram kanabis
  • Mengambil dadah tetra hydrocannibol (THC)

Terdahulu, Along juga pernah didakwa atas kesalahan memiliki 58.23 gram kanabis sebelum pertuduhan itu digugurkan.

Perbicaraan kes bagaimanapun disambung semula pada 7 April depan.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2024
Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Johan As’Ari Teman Iqram Dinzly Menari Jadi Isu

video tarian itu pula dibuat hanya suka-suka tidak sangka pula ianya tular di sosial media

Hiburan Thu, 21 May 2026

Adam Shahz Syukur Diberi Hak Lawat, Bermalam Bersama Anak – “Akhirnya Saya Dapat Menuntut Hak Sebagai Ayah”

Adam berkata dia bersyukur apabila perjuangannya sebagai seorang bapa akhirnya mendapat perhatian dan dipermudahkan.

Featured Wed, 5 Apr 2023

Didakwa Kena Sidai 4 Jam, Individu Tampil Dedah Cara Kerja Janna Nick?

Alamak kes apa pulak ni? Lamanya kena sidai!

Featured Thu, 8 Mar 2018

(VIDEO) Serena Williams Sampaikan Mesej Penuh Inspirasi Kepada Wanita Dalam Iklan Terbaru Nike

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia! Hari special ni memberi penghormatan kepada kejayaan dan pencapaian golongan wanita. Sepatutnya mereka patut rasa bangga dan lagi bersemangatlah, kan?

Trending Sun, 4 Oct 2020
error: Content is protected !!