Categories: Trending

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Berdasarkan prestasi pelaburan dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka berupaya memberikan dividen pada kadar antara lima hingga enam peratus bagi 2020.

Menurut Penganalisa yang juga Profesor Adjung Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL), Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata beliau menjangkakan dana persaraan pekerja swasta itu mampu mengagihkan dividen melebihi lima peratus, kadar yang dianggap sebagai amat baik dalam persekitaran semasa.

“Jumlah keseluruhan pendapatan tahun lalu adalah RM45.82 bilion. Bagi 2020 pula, pendapatan dalam tempoh sembilan bulan sudah mencecah RM36.3 bilion.

“Jika dijadikan ukuran pendapatan suku ketiga dan jangkaan KWSP mampu mengekalkan momentum pendapatan yang hampir sama atau lebih lagi pada suku keempat, jumlah keseluruhan pendapatan boleh mencecah RM50 bilion.

“Andai momentum ini dapat dikekalkan, KWSP dijangka mampu memberikan dividen melebihi lima peratus tahun ini dan lebih baik berbanding Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang memberikan dividen 4.25 peratus,” katanya. 

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”