Trending By: Nabihah April 5, 2024 @ 8:24pm

[VIDEO] Filem Pendek Raya ‘Keberkatan Lebaran’ Zahir Rasa Syukur Di Atas Nikmat Kurniaan-Nya!

Nikmat dan kegembiraan yang kita rasa tidak akan lengkap tanpa kesyukuran.

Apabila kita bersyukur akan datang kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 (1445 hijrah), PERODUA dengan bangganya mempersembahkan filem pendek raya Keberkatan Lebaran untuk mengingatkan kita tentang kepentingan menghayati rasa syukur.

Keberkatan Lebaran, sebar mesej pentingnya bersyukur.

Keberkatan Lebaran (Perodua)

Melalui filem pendek Keberkatan Lebaran, sambutan Aidilfitri dizahirkan sebagai hari dimana seluruh umat Islam bersyukur diatas segala nikmat kurniaan Yang maha Esa.

Ia adalah hari dimana kita muhasabah diri dan menginsafi segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Dalam filem pendek ini, seluruh umat Islam bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid sebelum kembali ke rumah masing-masing untuk menyiapkan juadah dan persiapan Aidilfitri.

Mereka kemudiannya datang semula ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, sambil berterusan melaungkan takbir dan tahmid memuji kebesaran Ilahi.

Inilah antara cara umat Islam menzahirkan kesyukuran, selain bermaafan di antara satu sama lain.

Kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Keberkatan Lebaran (Perodua)

Mengetengahkan unsur ketakwaan dan kemesraan yang terjalin dalam ‘ummah’, Keberkatan Lebaran adalah filem pendek hasil kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, satu gerakan sosial yang diterajui oleh Alif Satar.

Objektif utama gerakan ini adalah untuk meramaikan jemaah solat Subuh di masjid dan dalam masa yang sama mengukuhkan silaturrahim di antara umat Islam.

Selain itu, banyak nilai-nilai murni di selitkan dalam filem pendek Keberkatan Lebaran seperti kepentingan amalan bersedekah dan saling bantu-membantu.

Tampilkan lagu khas, Alif & The Locos!

Keberkatan Lebaran (Perodua)

Kalau korang nak tahu, penggambaran filem pendek Keberkatan Lebaran diadakan di Masjid Perodua dan filem pendek ini menggunakan soundtrack berjudul Keberkatan Lebaran, lagu rekaan khas dendangan Alif Satar bersama penampilan istimewa Alif & The Locos.

Saksikan filem pendek Keberkatan Lebaran di Youtube Perodua sekarang!

Korang juga boleh strim lagu ‘Keberkatan Lebaran’ oleh Alif Satar di SoundCloud bermula hari ini.

Raikan suasana lebaran dengan penuh kesyukuran.

Salam Aidilfitri daripada Perodua!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Mon, 4 Oct 2021
Trending Mon, 19 Aug 2019

Nafsu songsang Miley musnahkan rumah tangganya bersama Liam!

Khabarnya Miley mempunyai hubungan dengan Kaitlynn Carter!