Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 29, 2022 @ 7:01pm

[VIDEO] “Jangan Meludah Ke Langit, Takut Merecik Ke Muka Sendiri” – PU Syed Bidas Nabila Huda

Baru-baru ini, pelakon, Nabila Huda berkongsikan pendapatnya berhubung protes penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini sebagai langkah tidak matang.

Nampaknya pendapat Nabila tersebut mendapat respons pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed menjelaskan kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap perintah dan larangan Allah SWT.

Jelasnya, tentangan yang dibuat bukan bererti tidak matang tetapi kematangan seseorang itu apabila mampu menilai sesuatu perkara sama ada baik atau pun sebaliknya.

“Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tidak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT.

“Bukan bermakna tentangan ini kita tidak matang tetapi kita matang dalam menilai sesuatu itu baik atau buruk,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syed menjelaskan hidup seseorang manusia bukan lakonan tetapi adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah dan larangan-Nya yang perlu dilaksanakan dan ditinggalkan.

“Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.

“Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan. Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan,” katanya.

Syed turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memanggil orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang.

Pendakwah itu turut meminta Nabila bermuhasabah diri dan jangan meludah ke langkit kerana bimbang terkena ke muka sendiri.

“Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langit, takut merecik ke muka sendiri,” katanya.

@pu_syed matangnya seseorang diukur bila patuh dan taat segala tegah dan larangan Allah!! selagi ambe bernafas..selagi itu ambe takkan duduk saja melihat kemungkaran berlaku..di depan mata . #adeambetakut ♬ original sound – PU Syed

Terdahulu, Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop Blackpink yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun hadapan.

Syed turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut mash diteruskan.

Turut membangkitkan isu sama ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari yang menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan sama jika tuntutan itu tidak diendah.

Nabila pula menerusi Twitter meluahkan pendapat bahawa mash ada perkara lebih penting boleh diberi perhatian berbanding penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.

Sumber: TikTok pu_syed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Oct 2025

“Saya Dib*gelkan 3 Kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Isr**l, Sifatkan Penceroboh Sebagai Bangsa ‘Penakut’

PU Rahmat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya ketika berada dalam tahanan pihak Isr**l.

Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Lumpuh Otak, Tapi Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Semoga kita mengambil iktibar dengan kebolehan adik Naja!

Featured Sat, 24 Aug 2024
Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Trending Mon, 12 Mar 2018
Featured Fri, 19 Jan 2024
Featured Tue, 3 Aug 2021

Sumbangan 415, 000 Dos AstraZeneca Diterima Hari Pertama

Kerajaan hari ini menerima sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan dari Kerajaan United Kingdom yang bakal digunakan sebagai dos vaksin pertama. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakarsumbangan berkenaan akan […]

error: Content is protected !!